Wednesday 21 May 2008

Penyakit tak diundang

Kita selalu terdengar bahawa penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Langsung kita diminta bersabar mengadapinya. Apa yang aku inginkan kefahaman di sini ialah gred-gred dosa ini.. bagi aku yang berdosa ini, tentang perkara batiniah ini kita serahkan kepada Yang Maha Mengetahui. Sehebat manapun manusia, kita hanya dibenarkan menghukum pada yang lahiriah sahaja. Demi itu, peliharalah peribadi kerana manusia akan menilainya.

Sakit lagi menyakitkan dan sakit menyakiti.. Gempar seluruh buana Tanah Melayu beberapa hari ini bila jagatraya menghadapi krisis makanan. Kenapa dan mengapa penyakit ini datang dan terus mendatang? Berapa banyak lagi dosa kecil akan luruh? Atau memang adi jagat dah suci dari dosa kecil, atau tiada langsung dosa kecilnya. Tanah Melayu ku berpenyakit.. penyakit ekonomi, penyakit politik, penyakit sosial malah penyakit agama. Semuanya patut dimasukkan ke rumah sakit, sakit semuanya. Ini belum diperiksa rohaniah qariah Tanah Melayu dan sekitarnya.

Bila manusia menjadi kemarut dan mula mengarut selepas sembuh. Maka, lupalah sekian masa ketika sakit dan berpenyakit dulu. Ini pun penyakit rakyat Tanah Melayu juga, aku ingat lagi kata-kata bekas General Tanah Melayu seketika dahulu “Melayu mudah lupa” tapi kini General ini pun lupa juga. Lupa yang kini rifflenya dah kehabisan peluru. Juga lupa pada perangkap dan jerat yang dipasangnya dahulu. Ini penyakit lupa yang dikategorikan sebagai nyanyuk. Tidak keterlaluan kalau aku katakan nanti General bersara ini akan digomol atau mungkin dirogol dan diliwat oleh Pakatan Ketua Perusuh yang suatu waktu dahulu adalah Brid. Gen. beliau sendiri. Ketua Perusuh ini juga sakit, penyakitnya kini sudah parah dan telah merebak ke seluruh Tanah Melayu. Tapi aku masih lagi kebal dari dihidapi oleh penyakit ini.

Dari amatan ku bersandarkan ilmu ekonomi yang ku pelajari di ecomonics school dulu, jagat raya akan menghadapi penyakit ekonomi ‘lemah tenaga batinnya’. Tenaga batin ekonomi akan lemah bagi setiap 10 tahun secara berkala. Tanda-tanda penyakit ini sudah jelas di Tanah Melayu kita. Kakacauan dan kegawatan pasti melanda lagi bagi membersih dosa-dosa makhluk Tanah Melayu. Pesanku cuma satu hadapilah penyakit ini dengan penuh kesabaran dan kesyukuran kerana menghapusnya dosa-dosa kita.

Kalian sakit dan berpenyakit..

No comments: