Wednesday 21 May 2008

Penyakit tak diundang

Kita selalu terdengar bahawa penyakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Langsung kita diminta bersabar mengadapinya. Apa yang aku inginkan kefahaman di sini ialah gred-gred dosa ini.. bagi aku yang berdosa ini, tentang perkara batiniah ini kita serahkan kepada Yang Maha Mengetahui. Sehebat manapun manusia, kita hanya dibenarkan menghukum pada yang lahiriah sahaja. Demi itu, peliharalah peribadi kerana manusia akan menilainya.

Sakit lagi menyakitkan dan sakit menyakiti.. Gempar seluruh buana Tanah Melayu beberapa hari ini bila jagatraya menghadapi krisis makanan. Kenapa dan mengapa penyakit ini datang dan terus mendatang? Berapa banyak lagi dosa kecil akan luruh? Atau memang adi jagat dah suci dari dosa kecil, atau tiada langsung dosa kecilnya. Tanah Melayu ku berpenyakit.. penyakit ekonomi, penyakit politik, penyakit sosial malah penyakit agama. Semuanya patut dimasukkan ke rumah sakit, sakit semuanya. Ini belum diperiksa rohaniah qariah Tanah Melayu dan sekitarnya.

Bila manusia menjadi kemarut dan mula mengarut selepas sembuh. Maka, lupalah sekian masa ketika sakit dan berpenyakit dulu. Ini pun penyakit rakyat Tanah Melayu juga, aku ingat lagi kata-kata bekas General Tanah Melayu seketika dahulu “Melayu mudah lupa” tapi kini General ini pun lupa juga. Lupa yang kini rifflenya dah kehabisan peluru. Juga lupa pada perangkap dan jerat yang dipasangnya dahulu. Ini penyakit lupa yang dikategorikan sebagai nyanyuk. Tidak keterlaluan kalau aku katakan nanti General bersara ini akan digomol atau mungkin dirogol dan diliwat oleh Pakatan Ketua Perusuh yang suatu waktu dahulu adalah Brid. Gen. beliau sendiri. Ketua Perusuh ini juga sakit, penyakitnya kini sudah parah dan telah merebak ke seluruh Tanah Melayu. Tapi aku masih lagi kebal dari dihidapi oleh penyakit ini.

Dari amatan ku bersandarkan ilmu ekonomi yang ku pelajari di ecomonics school dulu, jagat raya akan menghadapi penyakit ekonomi ‘lemah tenaga batinnya’. Tenaga batin ekonomi akan lemah bagi setiap 10 tahun secara berkala. Tanda-tanda penyakit ini sudah jelas di Tanah Melayu kita. Kakacauan dan kegawatan pasti melanda lagi bagi membersih dosa-dosa makhluk Tanah Melayu. Pesanku cuma satu hadapilah penyakit ini dengan penuh kesabaran dan kesyukuran kerana menghapusnya dosa-dosa kita.

Kalian sakit dan berpenyakit..

Tuesday 20 May 2008

Perang

Perang!!! Perang!!! Perang!!!
Perang!!! Perang!!! Perang!!!
Perang!!! Perang!!! Perang!!!

+ bla bla %@# cv#% bla bla bla
- bla n] bla

Perang!!! Perang!!! Perang!!!
Perang!!! Perang!!! Perang!!!
Perang!!! Perang!!! Perang!!!

Perannnnnnnnnnnnnnnnng glup urpp kap
Argghhhh perangkap.

Hotel Pearl International, Kuala Lumpur

Sunday 18 May 2008

Semalam, Malam, Putrajaya

Hasil perguruanku dengan 'Natural Observer' bersama dengan D40X ku, kutitipkan untuk kritikan/komen kalian.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.










Selamat Hari Guru 2008

Aku dedikasikan SMS dari kengkawan…

……………………………………………………………………………………

In life, Allah has given 3 timeframes: YESTERDAY is history, TOMORROW is a mystery & TODAY is a GIFT-that’s why it’s PRESENT.. HAPPY TEACHER’S DAY’.

Hj. Zainal – SPP JPN Selangor

……………………………………………………………………………………

Kita guru dan bangga jadi guru kerana semua yg bijak pandai dan tak pandai2 tu hasil kita yg tak jemu2 didik mereka SHG

Baharuddin – SPP JPN Pahang

……………………………………………………………………………………

C: ceria slalu

I: inovatif amalan

K: kreatif minda

G: gah smngatnya

U: unggul ilmunya

Selamat Hari Guru !

Ikhlas dpd cg Kassim.

Hj. Bakar – Pengetua SMK Padang Pulut, Dungun (ex-SPP JPN Terengganu)

……………………………………………………………………………………

Jika hari ini siapa saja jadi dewasa. Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lemah lembut sabarnya mengajar tulis baca. Selamat hari guru.

Razali Daiman – Bahagian Sekolah

……………………………………………………………………………………

Selamat hari guru semoga panjang umur murah rezeki.

+601668***86 (maaf nombor tiada dalam contact list)

Aku masih lagi guru itu ..

16 Mei mendatang lagi bersama SMS berangkai daripada kengkawang seluruh Tanah Melayu. Sama ada mengambil hati atau mengurangkan kredit prepaidku aku forward balik SMS tersebut secara silang. Maafkan aku, bukan niatku .. malas nak taip atau mencari bait kata untuk kalian tapi aku rasa muak dengan semua ini. Antara kita sedia maklum dan faham akan hari ini .. HARI GURU. Tetapi berapa ramai yang sekitar kita (bukan guru) faham tentang hari ini? Aku sendiri pun dah rasa tak mulia kerjaya ini, sebab itu ada kawan ku yang mengambil langkah di depanku dengan berhenti dari kelangsungan kerjaya ini. Syabas kawan, engkau berani meniti kehidupan. Setiap 16 Mei beberapa perutusan dari langit dibaca untuk didengar oleh para pendidik Tanah Melayu. Setiap tahun juga kami dijanji dan dimomok dengan berbagai kemanisan yang terkhusus untuk kami. Namun kami tetap juga memikul tanggungjawab mulia ini walaupun kekadang ada juga rasa ingin mogok. Kami bukannya berniat untuk mengamuk tetapi sudah letih dengan tugasan yang bukan tugas. Kalian di luar jangan ingat kerja guru sekadar mengajar dan mendidik seperti pensyarah yang tidak puas hati itu. Sebut sahaja kerja kerani, tukang cuci, tukang kebun, pengawal keselamatan, posmen dan segala-galanya dengan kata lain ‘kuli batak’. Sekiranya nak disenaraikan di sini, aku terpaksa buat satu atau sepuluh lagi blog untuknya. Itu pun pensyarah kat IPT cemburu tak ada pembela nasib kononnya. Aku berani hilang gaji setahun pensyarah ini tak berani bertukar tempat antara IPT dengan sekolah untuk tempoh 3 bulan. Kali ini Menteri Perdana mengumumkan ada 6 macam kemanisan untuk kami telan. Aku dah tahu manisan ini kelat rasanya. Struktur baru yang holistik bagi seluruh kementerian termasuk jabatan, bahagian,dan seterusnya ke PPD untuk siapa? Nampak macam untuk guru (DG) tapi bukan guru (DG), dengar macam bukan PTD(M) tapi memang (M). Dimomokkan juga dengan JUSA A untuk kami, tapi berapa orang? Adakah DG yang dapat? Sedangkan Bapak Menteri kami sendiri maklum dalam perutusan beliau kuota kami 5% cuma. Kalau berani keluarkan laporan perbandingan; berapa ramai DG41 dapat DG44 selepas 8 tahun berkhidmat dan dalam tempoh yang sama berapa ramai M41 tak dapat M44? Kenapa, jangan bilangan dijadikan alasan .. satu jawapan yang pasti ialah kerana kami bodoh (maafkan aku sahabat .. termasuk aku). Kami disuruh berpersatuan, maka wujudlah berpuluh-puluh persatuan guru. Masing-masing dengan kebodohan hendak menunjukkan gahnya, sehingga terlupa perkara pokok. Masing-masing berkokok dengan garau dan seraknya tapi kokok betina sahaja .. takut. Itu sebab aku katakan tadi, bilangan jangan dijadikan alasan. Sepatutnya dalam persamaan ini perlu dilihat perbezaannya baru menghampiri matlamat perjuangan. Tak apalah aku di sini pun macam anjing menyalak bukit juga. Kita tunggu perubahan baru nanti, ini pun janji juga dari bakal pemerintah Tanah Melayu. Kalau masih sama, kami akan mogok (MC) 2 hari serentak seluruh jajahan takluk Tanah Melayu, sama-sama kita lihat siapa yang mogok (tidak hadir kerja) sebenarnya, adakah kami para guru atau kalian di luar sana?

Saturday 3 May 2008

Songsang kah atau terbalik?

Jalan songsang, perjuangan songsang, beranak songsang, keluarga songsang (69), adakah songsang = terbalik?


Pandang dan Pandan…


Si Kakak


Si Adik


Si Sahabat Alam

Friday 2 May 2008

Waras, Keras dan Beras

Wak Marjo pernah berpesan kepada cucunya Suparman “Man kalau mau kahwin, pastikan 3 pekara, pertama; waras, kedua; keras dan ketiga; beras kalau semua ada barulah boleh kahwin.” Suparman terkebil-kebil macam nyoya kat Carefoor semalam. “ Waras tu matang fikiran, kok keras tu bersedia dalam perkara batiniah dan beras tu berkemampuan dari segi ekonomi” terang Wak Marjo lagi. Tersipu-sipu Suparman macam bapak kambing menjilat kencing kambing betina. Inilah pesanan Wak Marjo 15 tahun dulu kepada cucunya.

Kini, selepas 8 Mac 2008… Suparman jadi kurang waras dan tidak ‘keras’ gara-gara pasal beras. Kalau boleh Suparman mau jadi ‘Superman’ untuk pusing dunia balik ke sebelum tarikh keramat 8 Mac. Bini Suparman dah geli-geleman dengannya, bila dah habis ‘bageh’ juga tak mau keras. Semuanya kerna beras, beras mahal, harga beras naik. Suparman lagi naik gila bila padi yang diusahakannya di sawah pesaka sekangkang kera harga tetap sama, tidak naik-naik. Ditambah lagi pengusaha ‘Bernas’ (anak emas pemerintah) mengenakan potongan yang tinggi kononnya padi basah, hampa dan muda. Suparman mengira dalam berkira-kira, beras ngko tetap harga tapi padi gue pun ngko juga buat harga.

Sekarang siapa gila?