Monday 21 April 2008

Luahan Perasaan

Marah, geram dan kadang-kadang benci pun ada. Muak dan jelek dengan manusia yang cukup pandai menyuarakan ‘kemanusiaannya’. Berlagak jagohan di pentas hipokrasi bagaikan dewa keamanan sejagat. Menghukum bukan dengan hak, kerana terlupa pada kuasa ‘suara’ yang dipinjamkan. Kalau aku ikutkan gedeber aku, mahu aku londehkan seluar-seluar mereka di jalan-jalan raya atau di pasar raya tidakpun di Pudu raya.

Aku mengarut kerana terkilan dan sendu bukan, bukan kerana tetelan hempedu. Sedih kerana kebebasan bersuara mula tersekat, siapa kau yang mahu menyukat patah kata. Busuk sungguh hati dan peri lakumu seperti tandas awam dipersinggahan bas ekspres yang kutumpang bulan lalu.

Arghhh… lupakanlah cerita-cerita penderhaka dungu ini. Marilah semua kita pulihkan semangat kaum kerabat kita. Asal dari laut, baliklah ke laut.. asal dari dusun baliklah ke dusun.. asal dari langit baliklah ke langit. Bangun dan bangkitlah majukan negerimu. Cukuplah, tutuplah buku ilmu hisab dan statistik dari dibaca di kedai-kedai kopi/mamak/restoran atau mana-mana saja di tepi-tepi tangga, kauter pejabat pos ataupun di pondok jaga.


Kita pun dah tahu, dah nampak bukan sahaja kita yang celik tetapi mereka-mereka yang buta pun.. jaluran cahaya itu menyimbah Tanah Melayu kita. Mungkinkah hamba-hamba di Tanah Melayu ini akan merdeka? Sesungguhnya aku tiada jawapan….

No comments: