Friday, 11 July 2008

NO MAN IS PERFECT

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, “suami saya bukanlah seperti yang saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?”

Lalu saya bertanya, “sekarang puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?” Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah-indah, anggaplah dia satu-satunya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dengan saranan saya. Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang. Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah daripada kita gagal berasa bahagia. Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata-mata kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sedangkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia memang dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya. JANGAN mimpi-mimpikan lagi orang lain selain dia. JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan. INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dalam beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing-masing gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanismenya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk

membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".

Tuesday, 8 July 2008

Perkahwinan Menurut Islam

Perkahwinan dan Kasih Sayang
Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21 ) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.

Dalam masyarakat tradisional, peranan para suami dan bapa diletakkan sebagai penyara nafkah rumah tangga, manakala para isteri dan ibu pula berperanan sebagai suri rumah tangga. Kini keadaan masyarakat sudah berubah. Pada realitinya sekarang, ramai para suami, terutamanya dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak lagi memainkan peranan sebagai penyara nafkah yang tunggal dalam keluarganya, dan ramai para isteri tidak lagi memainkan peranan sebagai suri rumah sahaja. Sebaliknya, ramai isi rumah golongan sederhana kini bergantung kepada sumbangan kewangan daripada pasangan suami isteri kedua-duanya.

Dalam konteks kehidupan masa kini di mana kedua-dua pasangan bekerja di luar rumah untuk menyara keluarga, masyarakat harus menilai kembali hak dan tanggungjawab suami isteri. Yakni satu penilaian yang mengimbangkan hak dan tanggungjawab masing-masing kerana ajaran Islam menganjurkan keharmonian, kesaksamaan dan keadilan dalam hubungan keluarga. Sepertimana firman Allah dalam Surah an-Nisa 4:19: "Hai orang-orang yang beriman bergaullah kamu (para suami) dengan mereka (para isteri kamu) dengan cara yang baik". Dan lagi dalam Surah al-Baqarah 2:187, "mereka (isterimu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka." Melalui ungkapan-ungkapan ini al-Quran jelas menekankan keharmonian material dan moral kehidupan berkeluarga.

Ini merupakan suatu cabaran masa kini yang perlu dihadapi dengan kefahaman dan tindakan yang sewajarnya. Kurangnya kefahaman mengenai asas hubungan suami isteri telah membebankan pihak isteri dalam keadaan realiti masa kini. Adalah tidak adil jika suami mempunyai jangkaan dan tuntutan yang tidak realistik dan bertimbang rasa - di samping isteri bekerja di luar rumah untuk membantu kewangan keluarga, isteri juga perlu membuat semua kerja rumah, mendidik anak, berdandan rapi dan bersedia untuk memuaskan suami di dalam kamar pada setiap masa. Sebaliknya suami membantu isteri membuat kerja rumah bukanlah sesuatu yang janggal atau bertentangan dengan ajaran agama. Malah ia adalah mengikut Sunnah Rasulallah (s.a.w) yang mana riwayat menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri membantu isteri membuat kerja rumah termasuk menjahit dan membasuh baju, walaupun baginda adalah Rasulullah (s.a.w) dan juga memegang peranan sebagai ketua pentadbir negara di Madinah.

Keluarga bahagia dibina berteraskan sifat-sifat kasih sayang, tolak-ansur, timbang-rasa dan saling hormat-menghormati. Kemusykilan dan masalah yang timbul di dalam keluarga haruslah diselesaikan dengan berbincang untuk mencapai persefahaman. Bak kata pepatah, lidah dan gigi lagikan tergigit. Apabila tergigit, berundinglah secara rasional dan terbuka supaya keputusan tidak berat sebelah dan mencemarkan kasih sayang.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah". Pasangan yang berkahwin bukan sahaja pemegang amanah Allah tetapi juga pemegang amanah keluarga yang telah merestui perkahwinan mereka dan amanah pasangannya yang telah memilihnya sebagai teman hidup.

Hak Mengenakan Syarat Dalam Perjanjian Perkahwinan
Oleh kerana perkahwinan dalam Islam adalah bersifat aqad atau pejanjian, pihak-pihak kepada perkahwinan itu bolehlah memasukkan syarat-syarat dalam perjanjian perkahwinan yang tidak membatalkan maksud atau tujuan perkahwinan itu.

Di Malaysia, syarat-syarat tertentu pada amnya dimasukkan dalam Surat Perakuan Ta'liq dalam borang yang ditetapkan bersama dengan Surat Perakuan Nikah. Surat Perakuan Ta'liq yang ditetapkan biasanya memberikan hak kepada pihak isteri untuk menuntut perceraian sekiranya pihak suami meninggalkannya atau tidak memberikannya nafkah selama tempoh empat bulan atau lebih, atau menyakiti badan pihak isteri. Di beberapa negara Islam lain, syarat-syarat yang hendak dimasukkan adalah terpulang kepada pasangan individu, dan syarat yang memberikan hak kepada pihak isteri menuntut perceraian sekiranya suaminya mengahwini perempuan lain juga dibenarkan, misalnya di Arab Saudi, Jordan, Maghribi, Mesir dan Iran .

Perjanjian yang dibuat sebelum perkahwinan adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bertujuan menjamin hak dan kepentingan pihak isteri sekiranya beliau diceraikan. Sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah an-Nisa 4:128 ayat yang bermaksud: "Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz (atau sikap tidak acuh) dari suamimu, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benar, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isteri secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz) maka sesungguhnya Allah maha mengetahui yang kamu kerjakan."

Sehubungan itu, wanita boleh membuat perjanjian sebelum perkahwinan dalam perkara tertentu demi menjamin hak beliau dengan lebih terperinci. Islam menyebutnya sebagai ta'liq di mana syarat-syarat tertentu diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki sekiranya ingin berkahwin dan ia akan mengikat kedua belah pihak. Hadith Rasulullah (saw) yan diriwayatkan oleh Sahih Muslim dan Sunan Abu Dawud menyebutkan "Syarat yang paling patut dipenuhi olehmu ialah yang menjadikan persetubuhan (dengan isterimu) halal untukmu."

Dalam Surat Perakuan Nikah pengantin di Malaysia, ia hanya terhad kepada syarat suami tidak memberi nafkah selama empat bulan atau lebih, suami meninggalkan isteri dan suami mencederakan dan menyakiti isteri. Jika perjanjian tersebut diingkari, pihak yang menuntut boleh menuntut di mahkamah syariah terhadap pihak yang melanggar perjanjian. Dengan kata lain, isteri berhak mendapat cerai dalam keadaan tertentu sekiranya suami melanggar syarat yang telah dipersetujui oleh mereka dalam perjanjian yang dikenali sebagai Tafwid al-Talaq.

Selain syarat yang disebut di dalam Surat Perakuan Nikah tersebut, perjanjian lain yang dibuat oleh seorang perempuan sebelum berkahwin dibolehkan dalam Islam. Perjanjian ini boleh dikuatkuasa di mahkamah kerana ia mengikat di antara pihak-pihak yang dipertikai. Perjanjian itu juga mestilah disetemkan dan disaksikan oleh saksi-saksi yang adil dan boleh dipercayai. Bagaimana pun, syarat yang dikenakan pada masa perkahwinan mestilah sesuatu yang sah seperti mas kahwin, nafkah dan cara hidup yang baik. Misalnya, perempuan berkahwin dengan syarat suaminya tidak akan membawanya dari tempat di mana dia tinggal. Dengan ada perjanjian tersebut, suaminya tidak berhak membawa isteri berpindah melainkan dengan persetujuan isteri.

Jika terdapat janji bahawa isteri mempunyai kuasa untuk menceraikan dirinya sendiri, maka isteri dikira mempunyai kuasa untuk berbuat demikian jika suami tidak memenuhi janji. Selain itu, butir-butir perjanjian yang boleh dibuat oleh seseorang wanita sebelum perkahwinan ialah berkaitan dengan hak harta, maskahwin dan pemberian, poligami, hadhanah (jagaan anak) dan nafkah anak-anak, tebus talak atau khulu' dan mut'ah.

Hak harta berkenaan berapakah nafkah yang akan diberikan selepas bercerai serta hak wanita bersuami untuk memperolehi, memegang dan melupuskan mana-mana harta dari semua segi sebagaimana perempuan bujang. Wanita juga boleh membuat perjanjian tentang harga sepencarian di bawah hak harta. Bagi mas kahwin dan pemberian pula, seksyen 21 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) mempastikan hak wanita terhadap perkahwinan yang mana pemberian dicatat dengan teratur dan dapat dipastikan dengan tepat jika ia dibayar dan membuat tuntutan jika tidak.

Dari segi poligami, Seksyen 23 memperuntukan secara jelas bahawa lelaki yang ingin berpoligami harus mendapat persetujuan bertulis daripada hakim syarie dan beliau perlu mematuhi beberapa syarat. Dalam hal ini, pihak isteri boleh membuat perjanjian sekiranya selepas perkahwinan suami ingin berkahwin lain berkaitan harta, kewajipan beliau, masa giliran dan lain-lain. Begitu juga dengan hadhanah dan nafkah anak-anak, tebus talak atau khul' dan mut'ah (bayaran saguhati/pampasan yang diberikan kepada isteri yang diceraikan) yang mana isteri boleh meletakkan syarat atau janji di dalam ta'liq.

Perkahwinan dan Undang-Undang Keluarga Islam
Di Malaysia, tiap-tiap Negeri mempunyai enakmen undang-undang keluarga Islam masing-masing. Walau bagaimanapun, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 boleh dikatakan sebagai model kebanyakkan peruntukan-peruntukan itu, walaupun terdapat juga pindaan atau pengubahsuaian yang telah dibuat ke dalam enakmen-enakmen di beberapa Negeri yang menimbulkan beberapa perbezaan di antara perundangan tersebut, misalnya berkenaan dengan peruntukan mengenai poligami.

Pernikahan adalah kontrak persetujuan yang berlandaskan persefahaman di antara sepasang suami-isteri yang saling setuju-menyetujui sesama sendiri. Perkahwinan di bawah undang-undang Islam adalah bersifat aqad atau kontrak, yakni perjanjian, yang berdasarkan ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan). Tawaran itu dibuat, dari segi prinsipnya, oleh pihak pengantin perempuan, melalui walinya, dan penerimaan dibuat oleh pengantin lelaki atau wakilnya.

Umur minimum perkahwinan
Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan bahawa tiada seseuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar'i telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Persetujuan dikehendaki
Seksyen 13 Akta tersebut menghendaki persetujuan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu, dan persetujuan wali pihak perempuan atau Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa sebagai wali Raja mengikut Hukum Syara' (hukum mengikut mana-mana mazhab yang sah) jika perempuan itu tidak mempunyai wali nasab (pertalian darah) atau wali nasab tidak dapat dikesan atau wali nasab enggan memberi persetujuan tanpa sebab yang cukup. Sekiranya wali nasab enggan, maka pihak perempuan boleh merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk memohon bagi kebenaran perkahwinan secara wali Raja.

Pendaftaran perkahwinan
Seksyen 22 Akta tersebut memperuntukkan bahawa selepas sahaja akadnikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta'liq (perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah) yang ditetapkan atau ta'liq lain (syarat-syarat tambahan) bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

Wednesday, 2 July 2008

Aku, Kau Berbeza... Aku, Kau Istimewa...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
1. ibunya,
2. isterinya,
3. anak perempuannya, dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. (Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Tuesday, 1 July 2008

100 Keyboard Shortcuts

Keyboard Shortcuts
CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box Keyboard Shortcuts
CTRL+TAB (Move forward through the tabs)

CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
TAB (Move forward through the options)
SHIFT+TAB (Move backward through the options)
ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
ENTER (Perform the command for the active option or button)
SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
F1 key (Display Help)
F4 key (Display the items in the active list)
BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts

Windows Logo (Display or hide the Start menu)
Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
Windows Logo+D (Display the desktop)
Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
Windows Logo+E (Open My Computer)
Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
Windows Logo+U (Open Utility Manager)

Accessibility Keyboard Shortcuts
Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
Windows Logo +U (Open Utility Manager) Windows Explorer Keyboard Shortcuts
END (Display the bottom of the active window)
HOME (Display the top of the active window)
NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
UP ARROW (Move up one row)
DOWN ARROW (Move down one row)
PAGE UP (Move up one screen at a time)
PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
HOME (Move to the beginning of the line)
END (Move to the end of the line)
CTRL+HOME (Move to the first character)
CTRL+END (Move to the last character)
SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts

CTRL+O (Open a saved console)
CTRL+N (Open a new console)
CTRL+S (Save the open console)
CTRL+M (Add or remove a console item)
CTRL+W (Open a new window)
F5 key (Update the content of all console windows)
ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
ALT+F4 (Close the console)
ALT+A (Display the Action menu)
ALT+V (Display the View menu)
ALT+F (Display the File menu)
ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts

CTRL+P (Print the current page or active pane)
ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
F5 key (Update the content of all console windows)
CTRL+F10 (Maximize the active console window)
CTRL+F5 (Restore the active console window)
ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
CTRL+ALT+END (Open the microsoft Windows NT Security dialog box)
ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
ALT+HOME (Display the Start menu)
CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
ALT+DELETE (Display the Windows menu)
CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Navigation

CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
CTRL+E (Open the Search bar)
CTRL+F (Start the Find utility)
CTRL+H (Open the History bar)
CTRL+I (Open the Favorites bar)
CTRL+L (Open the Open dialog box)
CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
CTRL+P (Open the Print dialog box)
CTRL+R (Update the current Web page)
CTRL+W (Close the current window)

Sunday, 29 June 2008

12 Tips to save Petrol

With the petrol price increase, you know why you should read this

1) Pump up your tyres

Keeping your tyres inflated is one of the easiest and most important things. Saving petrol means saving money one can do to improve fuel economy. If a range is recommended by the manufacturer, the higher pressure should be used to maximize fuel efficiency. Deflated tyres run hot and jeopardize safety. It will also cause the tyres to wear out prematurely, affect the vehicles adversely, and hurt the fuel economy by increasing the rolling resistance. Tyres lose about 1 psi pressure per month due to air loss caused by the tyre hitting holes, bumps and kerbs. Therefore, the tyres should be checked at least once a month. Just 1 tyre deflated by 2 psi will result in a 1% increase in fuel consumption.


2) Drive at moderate speed

Avoiding high speeds on open roads results in safer driving and better fuel economy. In highway driving, over 50% of the power produced by the engine is used to overcome aerodynamic drag. Drag and thus fuel consumption increases rapidly at speeds above 90km/h. On the average, a car uses about 15% more fuel at 100km/h, and 25% more fuel at 110km/h compared to when it is doing only 90km/h. However, this should not lead one to conclude that the lower the speed, the better the fuel economy – because it is not. The fuel consumption of an average car increases sharply at speeds below 50km/h.

3) Clean the air-filter regularly

Clogged air filters increase fuel consumption by restricting airflow to the engine, and thus should be cleaned/replaced when necessary. Clogged air filters can increase fuel consumption by up to 10%.


4) Use thinner tyres

Tyres with thick width will improve the handling of your car. However, it will also increase your car's fuel consumption. Thicker tyres mean more rolling resistance, and thus will consume more fuel.


5) Start up the car properly

With today's cars, it is not necessary to prime the engine first by pumping the accelerator pedal repeatedly. Do not crank the engine excessively. This only wastes fuel. When starting the engine, idle it no more than 30 seconds to warm it up. An engine will warm up faster on the road. However, avoid sudden acceleration before the engine has warmed up sufficiently.


6) Drive in high gear (overdrive)

The engine runs most efficiently between around 1,500 and 2,500 rpm. To maintain these low revs you should change up through the gears as soon as practical and before the revs reach 2500 rpm. For automatic transmission cars, you should always switch on your overdrive to help save fuel. Overdrive will allow your engine to change gears at lower revs. It also puts your transmission into an "economy" mode and lets it engage the final "overdrive" gear when cruising to keep the rpms extra low, thereby increasing fuel economy.

7) Travel light

Avoid carrying any unnecessary weight in your car. On the average, every 50kg added load in your car will increase fuel consumption by 2%.


8) Anticipate traffic ahead

A driver can reduce fuel consumption by up to 10% by anticipating traffic conditions ahead and adjusting the speed accordingly, and avoiding tailgating and thus unnecessary braking and acceleration. Accelerations and decelerations waste fuel. Braking and abrupt stops can be minimized by not following too closely and slowing down gradually when approaching a red light. It takes up to six times as much fuel to move a car from a dead stop than it does for one moving at just a few km/h.


9) Avoid strong acceleration

The fuel consumption remains at a minimum during steady driving at a moderate speed of about 90km/h. Keep in mind that every time the accelerator is hard pressed, the engine goes into a "fuel-enrichment" mode of operation that wastes fuel.The vehicle should always be gradually and smoothly accelerated. Using cruise control on highways can help maintain a constant speed and reduce fuel consumption.


10) Minimise aerodynamic drag

Additional parts on the exterior of a vehicle such as roof racks and spoilers, or having the window open, Roof racks are bad for fuel economy increases air resistance and fuel consumption, in some cases by over 20%.


11) Don't let your engine idle

Minimize fuel wasted in idling by stopping the engine whenever your car is stopped or held up for an extended period of time. Idling more than a minute consumes much more fuel than restarting the engine. By having the engine switched off, you will save more fuel than is lost from the burst of fuel involved in restarting the engine. The net increased wear and tear from this practice is negligible.


12) Use the air-con sparingly

Air conditioners can use about 10 per cent extra fuel when operating. However, at speeds of over 80 km/h, use of air conditioning is better for fuel economy than an open window.


Thursday, 26 June 2008

The story about Subsidy

A man called CheDot owns a farm which can produce 10 apples every day.
He has 5 workers to operate the farm.
Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally.
The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40.
He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities.
He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.
Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When CheDot retired, a new landlord, PokLeh comes to continue the farm operation.
He says to the workers: "We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking.
From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat.
It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm."

The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily.
Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person.
As usual, PokLeh sells the 4 apples and he gets RM40.
He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers.
He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers.
In total, he gets RM10 as profit every day.

Soon, the apple price increases to RM20 each. The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily. Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy..
Samy says:"Apple cost naik, improvement cost also misti naik." So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50. In actual, the improvement only cost RM30. The remaining RM20, PokLeh and Samy share evenly among themselves.

Let's calculate how much PokLeh gets daily:
RM10 (from farm improvement cost)
RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] ?
[Improvement cost, RM50]? [Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)

In total, PokLeh gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from CheDot.
His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.

The greedy PokLeh does not want to stop there.
One day, he says to his fellow workers: "You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00. This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bare the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. "

So, greedy PokLeh adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of a 'SUBSIDY' given by the BN government. The RM95 subsidy was never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously 'given' by the BN government..

Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket. Are you gonna stand there and LET THEM ROB YOU???

Kiriman: Arotos

Tuesday, 17 June 2008

Bicara Seorang Sahabat

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya.

(Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: “Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun “atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis “seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir nasi lemaknya.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB pula menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000cc ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ceroi akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum dijakimkan, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh orang biasa.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan berhiburan dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Maa’ruf dan al-An-Nahy dan al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin danUmar bin al-Khattab. Dikenali dengan Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat รข€˜Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Saad, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap berjiwa rakyat, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.


Kiriman: Arotos